Beautiful Wallpaper

Salam dan Asahlan wasahlan

Dalam kehidupan harian kita, apabila kita membuka PC atau Notebook perkara utama yang akan kita tatap adalah screen monitor dan terus kepada paparan yang biasanya menjadi wallpaper. Dan biasanya ia mencerminkan diri pemilik PC atau Notebook tersebut, kiranya macam bajulaa. Kita akan judge seseorang yang kita tak kenal melalui pandangan pertama iaitu First Impression dan ia adalah perkara normal. Dan begitu jugalah dengan PC dan Notebook. Setiap wallpaper mempunyai perkara tersirat yang mana berkaitan dengan empunya.

Walaubagaimanapun secara tak langsung wallapaper juga boleh menjadi platform dakwah dan cara mengingatkan kita kepada Allah S.W.T. Dan ianya lebih baik jika kita berkongsi dengan orang lain dengan syarat mendapat keizinan dengan pencipta wallpaper tersebut. Cukup beruntung mereka yang dikurniakan pengetahuan dalam mencipta wallpaper yang indah ini. Tetapi kita semua mesti ingat, semua ilmu dan pengetahuan didunia ini adalah milik Allah jua. Diharap usaha mereka dalam mencipta wallpaper yang nawaitu hanya kepada Allah dan berkongsi keindahan wallpaper, mendapatkan keredhaan dan rahmatNYA. InsyaAllah

Jazakallah dan Illal Liqo

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.