Salam Sejahtera,
Petikan dari zaharuddin.net

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY
i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan
Peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ bukan cabutan bertuah
KUALA LUMPUR: Celcom (Malaysia) Bhd menjelaskan peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ yang dianjurkannya adalah peraduan menguji kepintaran dan bukan berkonsep cabutan bertuah untuk pemilihan pemenang.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata Celcom memandang serius dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan ia haram dari segi hukum Islam dan menegaskan mekanisme yang digunakan tidak bercanggah dengan hukum.
Malah, beliau berkata, penyertaan yang membabitkan kos RM5 untuk setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sudah dimaklumkan kepada pelanggan menerusi iklan dan laman web syarikat berkenaan.
Katanya, pemilihan pemenang harian adalah berasaskan kecekapan peserta mengumpul mata tertinggi selepas berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.
“Kita tidak mahu konsep ini disalah tafsir kerana pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dengan jawapan yang betul mengikut proses pemilihan yang telus dan bukan berasaskan cabutan bertuah.
“Malah, sekiranya sembilan peserta harian berjaya mengumpul markah tertinggi yang sama pada jam 11.59 malam, mereka akan diberikan satu soalan akhir dan peserta yang dapat memberikan jawapan paling hampir dipilih pemenang,” katanya pada sidang media semalam.
Maklumat lanjut yang lebih jelas berhubung penyertaan peraduan itu turut dipaparkan di laman web rasmi 100 Hari 100 Kereta Celcom iaitu http://www.100days100cars.com.
2. Fatwa dari Negeri selangor
Hukum menyertai peraduan SMS adalah haram berdasarkan kepada ayat
Al-Quran dan hadis serta ijma’ ulama kerana proses peraduan SMS ini
dijalankan adalah tidak jelas (mengandungi gharar) dan mempunyai unsur-unsur perjudian.
Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 8.
Tarikh Pewartaan :
28 April 2005
Filed under: Ehwal Semasa | Tagged: haram, Kuiz









