Takziah


Salam kepada semua,

Dikala minggu yang mempunyai dua cuaca iaitu panas diwaktu dan hujan selepas waktu zohor, terasa perjalanan masa dunia ini amat deras. Dalam saya cuba menyibukkan diri dengan agenda menyiapkan disertasi yang amat memerlukan disiplin diri yang tinggi , tiba-tiba satu berita menyedihkan telah diterima. Seorang pelajar PASUM yang baru mendaftar minggu lepas telah pun dijemput menghadap Illahi. Tidak saya lupakan muka-muka bersih pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendaftar dan cuba mencari haluannya di PASUM. Baru 17 tahun umurnya, tapi Allah lebih sayangkannya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan moga diletakkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan sebagai ingatan kepada ku jua yang mati itu semakin dekat dengan kehidupan ini. Kita ini hidup untuk mati. DaripadaNYA lah kita datang dan kepadaNYA jua kita kan kembali. Dunia ini adalah sementara dan yang kekal dan hakiki adalah perkampungan Akhirat. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa ku dan jika maut datang menjegukku matikanlah aku sebagai hamba muslim yang bertaqwa dan beriman.. Amin

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). ( Surah Al-Ankabuut. 57)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.