A’dulillah syukur kepada Allah. Dan segala puji-pujian kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta kaum keluarga serta para sahabat tabi’in.
Akhirnya hasrat untuk membuat blog menggunakan wordpress tercapai jua. Seperti mana perkataan pertama yang biasa digunakan oleh programmer dalam pengaturcaraan dahulu…Hello World..memberi makna yang tersendiri dan mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Nak tau lebih lanjut pi le kat sini.
Dan sempena kelahiran dan percubaan ini, mari kita renungkan nasib yang baru menimpa penduduk Myanmar yang baru ditimpa musibah besar. Bagi pandangan manusia dan mereka yang berpegang kepada fikrah leberal dan moderism mengganggap ini adalah seperti Bencana Alam Semulajadi. Tetapi adakah mereka berfikir dan tahu apa maksud yang berada disebalik kejadian ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ribut Nargis telah melanda kawasan Lembangan Irrawady iaitu kawasan subur yang mengeluarkan hasil padi kepada penduduk Myanmar dan juga dieksport kenegara yang menjadikan padi sebgai makanan ruji. Dianggarkan 100,000 telah terbunuh dan angka yang cedera lebih besar menurut Al-Jazeera. Dikala ambang negara dunia mengalami krisis makanan global, tiba-tiba satu ujian telah Allah turun kepada umat manusia. Adakah kita manusia masih lupa?….Dunia semakin tua…yang sementara..
Gambaran satelit (Kiri) Keadaan sebelum, (Kanan) selepas ribut melanda. Seumpama keadaan yang melanda Aceh pada tsunami tahun 2004
Moga kita tergolong dikalangan mereka yang ditunjukkan jalan yang lurus oleh Allah..InsyaAllah
Jazakallah khair
Filed under: Uncategorized | Tagged: isu dunia, Muhasabah











