Brothers - Ramadhan

Sempena bulan rahmat ini selain dari kita membaca, mendengar bacaan ayat suci Al Quran serta berzikir, apa kita denga lagu yang berkaitan dengan bulan Ramadhan ini. Ini antara lagu kesukaan masa skolah dulu. Yela dulu lagu berkenaan bulan Ramadhan ni sukar nk cari. Kita kira mengembalikan nostalgia masa muda belia..hehe.

Marhaban Ya Ramadhan

Pejam celik pejam celik kita dah pun ke garisan bulan Ramadhan. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untuk kita menjengah dan merasai bulan yang penuh rahmat ini. Moga Ramadhan ini menjadi madrasah untuk membentuk tarbiyah bagi diri dan kita berlomba- lomba dalam mencari jalan yang lurus untuk menjadi hamba yang bertaqwa, beriman, berakhlak, serta istiqamah dalam mencari keredhaanNya.

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Dari segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu. Merupakan antara rukun Islam dan diwajibkan kepada seluruh umat islam seperti yag disebut oleh Allah dalam surah Al Baqarah

Firman Allah s.w.t

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)

Jangan lupe niat yee

Selain untuk mendapatkan ganjaran dari mengerjakan ibadah puasa, Allah juga memberi Bonus yang teramat besar kepada umat Islam dalam bulan mulia ini. Moga sama-sama kita berusaha mencarinya.

Dan akhir kata, adakah anda semua sudah bersedia?


DOA RAMADAN

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

O Allah, on this day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what pleases You, and pleases the Messenger, the branches being strengthened by the roots, for the sake of our leader, Muhammad, and his purified family. Praise be to Allah, the Lord of the worlds.

Istiqamah dan Ramadhan

Istiqamah dalam bahasa harian beerti kita sentiasa berterusan atau consistent dalam melakukan perkara kebaikan sama ada dalam mengerjakan perkara syariatullah dan sunnatulla dalam kehidupan. Jika merujuk kepada definasi yang diberikan oleh Kamus Dewan versi online, Istiqamah adalah :

1.
Istiqamah Ar ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara sederhana tetapi terus-menerus (termasuk urusan agama);
2.
Istiqamah berIstiqamah bersifat Istiqamah: Jamilah sahajalah yg menjadi juruingat kpdnya selama ini utk terus ~ menegakkan sembahyang di surau.

Lumrah dalam kehidupan hamba Allah, adakala kita cukup bersemangat atay hype untuk melakukan satu perkara yang baru ditambah dengan minat yang membuak-buak. Akan tetapi apabila  perkara tersebut sudah didalam dakapan, maka krisis pengekalan dan “consistency” akan bermula.

Ditambah dengan kekangan, cabaran, amanah yang  diterima dan bakal menjelma, mengekalkan kejayaan, pencapaian dan meneruskan adalah satu yang sukar. Wa aima kita hamba Allah yang hidup diakhir zaman ini bukanlah sekuat hamba Allah yang hidup pada zaman Junjuangn Rasulullah dan para Khulafa’ Al Rashidin. Dalam menyelusuri kehidupan sebagai pengembara dalam spatial kehidupan dunia, moga hamba Allah ini akan terus diberikan Istiqamah oleh Allah dalam melakukan perkara kebaikan dan juga menyumbang sesuatu dalam alam cyber ini.

Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan maksud istiqamah (Fussilat : 30-32, Al-Ahqaf : 13-14), begitu juga dengan hadith Nabi SAW. Antaranya:

Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45

Jazakallah

Beautiful Wallpaper

Salam dan Asahlan wasahlan

Dalam kehidupan harian kita, apabila kita membuka PC atau Notebook perkara utama yang akan kita tatap adalah screen monitor dan terus kepada paparan yang biasanya menjadi wallpaper. Dan biasanya ia mencerminkan diri pemilik PC atau Notebook tersebut, kiranya macam bajulaa. Kita akan judge seseorang yang kita tak kenal melalui pandangan pertama iaitu First Impression dan ia adalah perkara normal. Dan begitu jugalah dengan PC dan Notebook. Setiap wallpaper mempunyai perkara tersirat yang mana berkaitan dengan empunya.

Walaubagaimanapun secara tak langsung wallapaper juga boleh menjadi platform dakwah dan cara mengingatkan kita kepada Allah S.W.T. Dan ianya lebih baik jika kita berkongsi dengan orang lain dengan syarat mendapat keizinan dengan pencipta wallpaper tersebut. Cukup beruntung mereka yang dikurniakan pengetahuan dalam mencipta wallpaper yang indah ini. Tetapi kita semua mesti ingat, semua ilmu dan pengetahuan didunia ini adalah milik Allah jua. Diharap usaha mereka dalam mencipta wallpaper yang nawaitu hanya kepada Allah dan berkongsi keindahan wallpaper, mendapatkan keredhaan dan rahmatNYA. InsyaAllah

Jazakallah dan Illal Liqo

Personal Budget Planner…manage your money now

Salam and Asahlan Wasahalan

As we know, when news about the petrol price going increase about 80 cent, all people going crazy and try to find the nearest pump station and get as much petrol they can. And as usual when petrol price going up, so do with others thing like, every day goods like foods and also bus ticket. And as we transportation is one of the most important in human being life. Every day people, will going from one to another place for activity like working, studying and others. So our activity very depends on transportation platform.

So when this happen there a lot idea to over come this problem or at least minimize effect of petrol increasing. There people start make some investment by put NGV tank into they vehicle. That’s will budget around RM 1000 until RM 8000. But did you that, in Malaysia only Petronas that have NGV stations and not all Petronas have that capability. Even before this, the taxi that running with this NGV have to wait in the long queue to fill the gas and even worse it will take even 1 day to get the gas. So its not the right solutions because if u are going outstations, its hard to find the NGV stations.

But for me, what is the important are we have to start from beginning. Like wise man says “Prevention is better than cure”, we should start with our self that mean how we manage our money in every day of life. From know should Muhasabah and try planning every day of life and theres no fuzzy wuzzy managing money.

So here I introduce one of free Personal Budget Planner, that can used to manage, planning, control and monitoring our budget in easy way. Its also easy to used and user friendly because its develop in Excell. Hey..if u also doesn’t have Microsoft Office that totally unceptable…hehe. Anyway hope this software will help u….

Menang Camry tapi harga minyak naik………..erm

Salam Sejahtera,

Petikan dari zaharuddin.net

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY

Sebuah berita menyebut :-


KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan ‘Celcom 100 Hari 100 Kereta’ bermula hari ini.

i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.


v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan


ULASAN UZAR :
Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.
Ia tidak ubah seperti peraduan “Who Wants To Be A Millionaire” dengan sedikit perbezaan sahaja.
Peserta mungkin berkata
“Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun”
Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.
Baca lebih lanjut di sini
————————————————————————————————————
Counter argument dari CEO Celcom melalui Berita Harian

Peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ bukan cabutan bertuah

KUALA LUMPUR: Celcom (Malaysia) Bhd menjelaskan peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ yang dianjurkannya adalah peraduan menguji kepintaran dan bukan berkonsep cabutan bertuah untuk pemilihan pemenang.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata Celcom memandang serius dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan ia haram dari segi hukum Islam dan menegaskan mekanisme yang digunakan tidak bercanggah dengan hukum.

Malah, beliau berkata, penyertaan yang membabitkan kos RM5 untuk setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sudah dimaklumkan kepada pelanggan menerusi iklan dan laman web syarikat berkenaan.

Katanya, pemilihan pemenang harian adalah berasaskan kecekapan peserta mengumpul mata tertinggi selepas berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.

“Kita tidak mahu konsep ini disalah tafsir kerana pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dengan jawapan yang betul mengikut proses pemilihan yang telus dan bukan berasaskan cabutan bertuah.

“Malah, sekiranya sembilan peserta harian berjaya mengumpul markah tertinggi yang sama pada jam 11.59 malam, mereka akan diberikan satu soalan akhir dan peserta yang dapat memberikan jawapan paling hampir dipilih pemenang,” katanya pada sidang media semalam.

Maklumat lanjut yang lebih jelas berhubung penyertaan peraduan itu turut dipaparkan di laman web rasmi 100 Hari 100 Kereta Celcom iaitu http://www.100days100cars.com.

———————————————————————————————————————————————————————
Komen saya
1. Majlis Fatwa Kebangsaan , dalam muzakarah ke-64 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),memutuskan, peraduan berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mendapat sambutan hangat di negara ini sekarang, adalah haram di sisi Islam kerana mempunyai unsur perjudian (sedutan berita harian 28/7/2004).

2. Fatwa dari Negeri selangor

Hukum menyertai peraduan SMS adalah haram berdasarkan kepada ayat
Al-Quran dan hadis serta ijma’ ulama kerana proses peraduan SMS ini
dijalankan adalah tidak jelas (mengandungi gharar) dan mempunyai unsur-unsur perjudian.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 8.

Tarikh Pewartaan :
28 April 2005

Erm kita telah ada fatwa mengenai kuiz melalui sms ni yang dikeluarkan oleh Majlis Mufti Kebangsaan seperti diatas, Jadi just ikut jela. Tapi sememangnya dunia akhir zaman, taktik menghalalkan cara dengan menggunakan pelbagai cara untuk meraih keuntungan. Dan seralas dengan kenaikan harga minyak pula, adakah relevan kuiz ini diadakan?….Yang Kuat Menindas Yang Lemah..Moga umat Islam kita tidak terpengaruh dengan kuiz yang tidak berfaedah ini. Tapi dalam keadaan kesempitan hidup ini, kalau tiada kekuatan iman dan taqwa serta ingatan yang dunia ini hanyalah “umpama bangkai” tidak mustahil ramai yang akan menjadi mangsa.
Jazakallah

Musang Berapi…..Alternative Web Browser

Salam sejahtera.

Don’t want long story, just want to highlight the new promotion by the Firefox to get intention from all human being around the world. So pupil just click on the logo above or in the sidebar of this blog for support. Theres a lot positive advantage u will get and also support the Open Source movement in small part…hehe

JazakAllah

Takziah


Salam kepada semua,

Dikala minggu yang mempunyai dua cuaca iaitu panas diwaktu dan hujan selepas waktu zohor, terasa perjalanan masa dunia ini amat deras. Dalam saya cuba menyibukkan diri dengan agenda menyiapkan disertasi yang amat memerlukan disiplin diri yang tinggi , tiba-tiba satu berita menyedihkan telah diterima. Seorang pelajar PASUM yang baru mendaftar minggu lepas telah pun dijemput menghadap Illahi. Tidak saya lupakan muka-muka bersih pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendaftar dan cuba mencari haluannya di PASUM. Baru 17 tahun umurnya, tapi Allah lebih sayangkannya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan moga diletakkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan sebagai ingatan kepada ku jua yang mati itu semakin dekat dengan kehidupan ini. Kita ini hidup untuk mati. DaripadaNYA lah kita datang dan kepadaNYA jua kita kan kembali. Dunia ini adalah sementara dan yang kekal dan hakiki adalah perkampungan Akhirat. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa ku dan jika maut datang menjegukku matikanlah aku sebagai hamba muslim yang bertaqwa dan beriman.. Amin

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). ( Surah Al-Ankabuut. 57)

La Tahzan (Jangan Bersedih) wahai manusia

Salam sejahtera

Sekadar ingin berkongsi dengan semua didunia cyber ini. Dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran ini tidak dapat tidak kita akan mengalami kekentalan dan kemunduran emosi. Dan apabila kita mengalami krisis hidup dan pelbagai masalah mengelilingi kepala kita akan mudah tewas dengan bujukan syaitan dan mula hilang pertimbangan. Tekanan emosi akan lebih mencengkam jika kita tidak menemukan jalan keluar bagi masalah yang dihadapi. Lalu kita akan meluahkannya sama ada memendamkan sahaja yang meningkatkan masalah stress, marah atau menangis sebagai jalan untuk meluahkan perasaan ini. Tetapi ingatlah wahai manusia bahawa dunia adalah sementara dan kampung Akhirat itu adalah kekal dan hakiki bagi kita umat manusia. Ingatlah bahawa nenek moyang kita nabi Adam dan Hawa telah dikeluarkan oleh tipu daya syaitan dari Syurga. Kemudian selepas mereka bertaubat dan diampun dosa oleh Allah, mereka kembali ke tempat asal yang sebenar iaitu Syurga. Dan Syaitan dan iblis masih meneruskan misi mereka untuk mencari anak cucu Adam untuk menemani mereka dalam menuju jalan Neraka Jahannam.

Dan Dunia ini tidak layak ditangisi kerna ia lebih hina dari bangkai, seperti diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah.

Jabir bin Abdullah, mengabarkan bahwa Rasulullah pernah melewati sebuah pasar hingga kemudian banyak orang yang mengelilinginya. Sesaat kemudian beliau melihat bangkai anak kambing yang cacat telinganya. Beliau mengambil dan memegang telinga kambing itu seraya bersabda, ”Siapa di antara kalian yang mau memiliki anak kambing ini dengan harga satu dirham.” Para sahabat menjawab, ”Kami tidak mau anak kambing itu menjadi milik kami walau dengan harga murah, lagi pula apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai ini?” Kemudian Rasulullah berkata lagi, ”Apakah kalian suka anak kambing ini menjadi milik kalian?” Mereka menjawab, ”Demi Allah, seandainya anak kambing ini hidup, maka ia cacat telinganya. Apalagi dalam keadaan mati.”Mendengar pernyataan mereka, Nabi bersabda, ”Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini untuk kalian.” (Hadis Riwayat Muslim).

Muhasabah dan renungan untuk diriku ini

Asahlan wasahlan bulan Jun

Salam sejahtera kepada semua

Begitu cepat masa berlalu dengan kesibukan kita didunia ini dan diharap dalam menjalani hidup yang penuh mehnah ini kita tidak melupakan Allah seditik pun. Bulan ini juga sinonim dengan satu peringatan kepada jasa seorang insan yang bergelar bapa dalam menjadi ketua keluarga disamping memberikan keselesaan kepada isteri dan anak-anaknya. Jasa bapa, ayah, abah, daddy atau abbi sememangnya tidak dapat kita balas dengan kekayaan atau kemewahan yang anak-anak mereka miliki. Hanya Allah sahaja mampu memberi balasan dan ganjaran yang setimpal. Insan ini membesarkan anak-anak dengan penuh dedikasi dan mempunyai tanggungjawab dalam membentuk generasi masa akan datang ini. Kita sebagai anak-anak hanya mampu memberikan balasan dengan menjadi anak yang soleh dan solehah yang mendoakan mereka dan menanamkan cita-cita untuk menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan agama.

Maka beruntunglah anak-anak yang mempunyai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan dapat menjalankan tugasnya dalam mendidik anak-anak seperti mana Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Bagi saya, saya hanya mampu tumpang gembira dengan mereka yang mempunyai ibu dan ayah. Walaupun tidak pernah melihat dan merasa kasih sayang insan tersebut, tetapi jasa Allahyarham datuk, nenek dan pakcik dalam membesarkan diri ini tidak dapatku balas. Moga Allah meletakkan roh mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di syurgaNya. Tidak lupa kepada insan bernama ibu yang bersusah payah dalam membesarkan daku. Jasamu tidak dapatku balas, hanya doa daripadaku untuk mu agar Allah sentiasa merahmati dan memberi perlindungan…Amin

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

Jazakallah, Illal Liqo